HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

cari ilmu, kongsi ilmu dan amalkan ilmu.


2 posters

    Cara mandi wajib Nabi

    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 17
    Join date : 22/12/2008

    Cara mandi wajib Nabi Empty Cara mandi wajib Nabi

    Post  Admin Tue Dec 23, 2008 2:16 pm

    Terdapat beberapa riwayat cara mandi wajib Nabi, di antaranya ialah ;

    Menurut hadis di sisi Al-Bukhari yang diriwayatkan daripada Maimunah r.a ;
    (maksudnya) : "Rasulullah s.a.w apabila mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwudhu sebagaimana wudhu untuk sembayang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya."

    Idea Perkara yang perlu kita ingati semasa mandi wajib ini ialah ;

    1. Niat
    2. Menghilangkan najis terlebih dulu sebelum mandi.
    3. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
    Seluruh tubuh badan ini termasuklah benda yang zahir daripada kamaluan perempuan ataupun lelaki.

    Arrow Cara-cara mandi wajib itu bolehlah dipraktikkan begini ;

    1. Membaca Bismillah kemudian membasuh dua tangan tiga kali beserta dengan niat.
    Ada pendapat mengatakan haram membaca bismillah dalam tandas dan bilik air, jadi sebut dalam hati saja k.
    Niat mandi pula, makruh ia membacanya melalui mulutnya.
    Cukuplah membacanya di dalam hati saja, jangan tah basar-basar karang kedangaran jiran kampung sebalah.
    Niat atu hendaklah semasa permulaan kena air.
    Ada pendapat mengatakan tidak sah mandi wajibnya kalau berniat di tengah-tengah waktu mandi. (yang ani,Allahu A'lam)

    2. Beristinja'.

    3. Membuang najis (kalau ada pada badannya).

    4. Berwudhu seperti wudhu untuk sembahyang,
    Ada pendapat yang menyuruh kitani wudhu tanpa basuh kaki. Kaki tu last sekali baru basuh.

    5. Menuangkan air atas kepala 3 kali.

    6. Menyiram air ke badan di bahagian kanan kemudian ke kiri.

    7. Menggosok bahagian hadapan badan dan bahagian belakang.

    8. Menyelang-nyelangi dengan anak jari segala rambut kepala dan janggut sehinggalah sampai air kepada pangkalnya, samada tebal/nipis.

    9. Barulah membasuh kedua kaki .

    study Hendaklah diusahakan menyampaikan air kepada segala lipatan badan.

    study Berhati-hati supaya tidak menyentuh kemaluan semasa mandi. Sebaiknya gunakan sponge/loofah atau kain untuk membersihkan bahagian badan dan kemaluan.

    study Mandi apa jenis pun, mesti tutup aurat. Aurat ni dari pusat hingga lutut. Bagi perempuan, tutupla seluruh badan, pakai kain basahan k.

    sunny Apabila selesai mandi wajib seseorang itu boleh terus mendirikan sembahyang atau memegang Al-Quran tanpa perlu berwudhu lagi. Selagi tidak ada perkara yang membatalkan wudhu semasa dan selepas ia mandi.
    avatar
    nuursyifa


    Posts : 3
    Join date : 07/01/2009

    Cara mandi wajib Nabi Empty Makruh Ketika Mandi

    Post  nuursyifa Wed Jan 07, 2009 7:18 pm

    Antara perkara-perkara yang makruh dilakukan sewaktu mandi wajib ialah:

    i. Berlebih-lebih dalam menggunakan air.

    Dalam hal ini Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam paling berhemat (jimat) dalam memakai air sesuai dengan hadits yang ertinya:

    "Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mandi wajib dengan air seberat satu shaa' dan berwuduk dengan air seberat satu mud." - Riwayat Abu Daud.

    1 shaa + 4 mud = 3 kati = 2.203 kg.

    ii. Makruh mandi dalam air yang tenang, tidak bergerak. Ini sesuai dengan sabda Nabi Shallallahu Wasallam yang bermaksud:

    "Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Janganlah salah seorang kamu mandi di dalam air yang tenang, padahal ia berjunub. Maka bertanya seorang (sahabat): Bagaimana harus diperbuat, ya Aba Hurairah? Katanya: Hendaklah ia menggayungnya dengan sekali gayung." (Gayung = ceduk).

    iii. Meninggalkan kumur-kumur dan tidak membasuh hidung.
    avatar
    nuursyifa


    Posts : 3
    Join date : 07/01/2009

    Cara mandi wajib Nabi Empty Sunat-Sunat Ketika Mandi Hadas

    Post  nuursyifa Wed Jan 07, 2009 7:30 pm

    Sebelum kita mengerjakan mandi wajib, hendaklah kita mengetahui sesuatu yang sunat, makruh dan sebagainya dikala mandi ataupun selepas mandi. Sunat-sunat ketika mandi ialah:

    i. Menghadap ke arah Kiblat.

    ii. Membasuh dua tangan, sebelum mandi.

    iii. Lebih dahulu menghilangkan kotoran dan benda-benda yang menghalangi air yang terdapat di tubuh kita, seperti cat, minyak, lilin, lipstik dan sebagainya.

    iv. Mengambil wuduk dahulu sebelum mandi dengan niat: "Sahaja aku berwuduk kerana hendak mandi junub, sunat kerana Allah Ta'ala."

    v. Membaca Bismillah (sampai habis) disertakan dengan niat mandi.

    vi. Mendahulukan bahagian anggota kanan daripada kiri.

    vii. Menggosok dengan tangan kiri atas sesuatu yang sampai kepadanya.

    Sponsored content


    Cara mandi wajib Nabi Empty Re: Cara mandi wajib Nabi

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Sun May 19, 2024 8:55 am