HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

cari ilmu, kongsi ilmu dan amalkan ilmu.


    Ada apa dengan wudhu. . .

    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 17
    Join date : 22/12/2008

    Ada apa dengan wudhu. . . Empty Ada apa dengan wudhu. . .

    Post  Admin Tue Dec 23, 2008 12:14 am

    Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum berwudhu.

    1. Tahu rukun wudhu.
    2. Tiada benda-benda yang najis dan kotor di tubuh badan.
    3. Tiada benda yang melekat dan menghalang air sampai ke anggota wudhu. (cat atau pewarna kuku dan sebagainya)

    Rukun wudhu itu ada 6 :
    1. Niat.
    2. Membasuh muka.
    3. Membasuh dua tangan hingga dua siku.
    4. Menyapu sedikit air ke sebahagian daripada kepala.
    5. Membasuh dua kaki hingga dua bukulali.
    6. Tertib.

    Bila masanya kita hendak berwudhu?
    Umat Islam digalakkan berwudhu sepanjang waktu. Namun begitu ada waktu-waktu yang diwajibkan untuk berwudhu, di antaranya ialah :
    1. Ketika hendak mendirikan sembahyang.
    2. Ketika hendak menyentuh atau mengangkat Al-Quran
    3. Ketika mengerjakan tawaf.

    Waktu-waktu lain yang dianjurkan untuk berwudhu ;
    1. Jika hendak membaca Al-Quran.
    2. Sebelum berangkat untuk bekerja atau sebagainya.
    3. Jika hendak menghadiri majlis-majlis ilmu.
    4. Jika hendak menghadiri majlis jemputan (jemputan nikah/kahwin dan sebagainya)
    5. Bagi pelajar, sebelum berangkat ke sekolah/tempat pengajian.
    6. Jika hendak melawat orang sakit.
    7. Ketika hendak pergi ke tempat-tempat yang jauh / tempat asing atau tempat baru.
    8. Ketika hendak tidur.
    9. Jika hendak berhadapan dengan orang yang bengis atau zalim.
    10. Berhadapan dengan musuh.
    11. Sebelum mendirikan masjid (nikah laa Smile )
    12. Selepas sedar dari pengsan/koma.
    13. Ketika hendak masuk masjid/surau untuk beri'tikaf.
    14. Menziarahi kubur.


    Apa pentingnya wudhu?
    Wudhu itu menghapuskan kekotoran, baik kotoran luaran mahupun kekotoran yang tersembunyi.
    Setiap titis air wudhu itu diibaratkan seperti jatuhnya dosa-dosa kita. Ia membersihkan diri dan jiwa seseorang dan menjauhkan dari segala kejahatan.
    Oleh itu salutilah tubuh kita dengan air wudhu setiap hari dan sepanjang waktu.

    p/s : Ada tips untuk membuatkan wudhu kita kekal lama?

      Current date/time is Fri May 17, 2024 7:15 pm