HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

cari ilmu, kongsi ilmu dan amalkan ilmu.


    Ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah

    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 17
    Join date : 22/12/2008

    Ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah Empty Ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah

    Post  Admin Tue Dec 23, 2008 1:34 am

    Ramai yang bertanya, apa dia ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah Question Macamana kitani kan membezakan antara ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah dan ajaran-ajaran sesat.

    Ugama Islam adalah ugama rasmi bagi negara kitani. Islam yang dipraktikkan di negara kitani adalah yang mengikuti ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah. Oleh sebab atu, janganlah susahati dan janganlah ragu..Ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah atu sudahpun diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah-sekolah yang terdapat di negara kitani ani.

    Arrow Ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah ada enam pegangan.

    1. Percaya kepada Allah.
    Termasuklah segala sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan harus.

    2. Percaya kepada malaikat-malaikatNya.
    Termasuk di dalamnya nama-nama malaikat yang wajib diketahui serta peranan-peranan mereka.

    3. Percaya kepada kitab-kitabNya.
    Kitab-kitab Allah yang diketahui ada 4 iaitu Quran, Injil, Taurat dan Zabur.
    Manakala kitab-kitab kecil yang tidak diketahui namanya ada banyak sekali.

    4. Percaya kepada rasul-rasul (utusan-utusan)Nya.
    Termasuklah perbezaan antara rasul dan nabi. Nabi-nabi Allah sangatlah banyak jumlahnya.
    Namun jumlah rasul-rasul Allah adalah 25 orang dan sifat-sifatnya adalah Sidek, Amanah, Tabligh dan Fatanah.
    Nabi yang terakhir ialah nabi kita Nabi Muhammad s.a.w dan tiada nabi selepas baginda.

    5. Percaya kepada Hari Akhirat.
    Hari Akhirat itu pasti ada dan pasti akan tiba. Allah menyembunyikan saat dan waktunya sebagai satu rahmat untuk kita.
    Beberapa peristiwa semasa hari akhirat telah diceritakan oleh nabi kita seperti kewujudah Sirat(jambatan), Telaga, Nikmat Syurga, Azab dll.

    6. Percaya kepada qadha dan qadar (ketetapan dan ketentuan) Allah.
    Allah telahpun menulis takdir dan nasib manusia dan makhluknya di dalam Luh Mahfuz sejak azali lagi iaitu sejak belum terjadi apa2 lagi.
    Orang Islam wajib percaya dengan apa yang telah ditentukan Allah untuknya dan tidak menyerah bulat-bulat pada takdir/ketentuan Allah.
    Dalam konsep percaya pada qadha dan qadar ini, Allah menyuruh hambanya berusaha dan kemudian bertawakkal pada Allah.
    Konsep usaha dan doa diterapkan dalam kehidupan.
    Manusia itu hendaklah menselaraskan akidah dan usahanya.
    Segala usaha manusia itu hendaklah diiringi dengan doa dan tawakkal pada Allah.
    Seseorang itu tidak boleh menafikan kuasa Allah dalam perjalanan kehidupan dan nasibnya.

    scratch Bila rasa-rasanya pelajaran ani diajarkan pada kitani aaa? Ada yang kata semasa di sekolah rendah lagi, ada yang ingat semasa awal-awal masuk sekolah ugama, malah bila disemak kembali ada jua yang dipelajari semasa di sekolah menengah.

    Arrow Mana-mana ajaran yang bertentangan dengan pegangan yang di atas , atulah dia ajaran yang menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah.

    study Antara ajaran / pegangan yang menyimpang dari Ahli Sunnah wal Jama'ah ialah :

    1. Mendatangi bomoh/dukun untuk memohon sesuatu hajat.
    Yang dimaksudkan dgn bomoh dan dukun di sini ialah yang menggunakan khidmat atau perantaraan Jin dan Syaitan.
    (Percaya kepada kuasa selain Allah dalam memohon sesuatu hajat)

    2. Melakukan guna-guna atau sihir kepada seseorang.
    (guna-guna dan sihir tidak akan terjadi kecuali setelah seseorang itu syirik pada Allah)

    3. Mengaku dirinya adalah wali Allah atau utusan Allah atau mengaku dirinya nabi atau Imam Mahdi.

    4. Menyatakan bahawa ada kitab Allah selain dari kitab Allah yang telah diturunkan.

    5. Mengagongkan ketua kumpulannya seperti Ayah Pin.

    6. Tidak mempercayai adanya Hari Akhirat dengan menyatakan dunia ini akan kekal selama-lamanya. Tiada syurga dan neraka, tiada balasan baik dan buruk dan sebagainya.

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 6:25 am